Laporan oleh: A. Firduan Rosli
Pada hari Jumaat, 4 September 2015, Kolej
Poly-Tech Mara Kuala Lumpur telah menghantar dua orang peserta silat Martial
Arts ke Kejohanan Silat Sukan Selangor(SUKSES). Dua orang peserta itu ialah
Ahmad Firduan bin Mohd Rosli dari kelas J dan Mie Tahul Khoir bin Kasmur dari
kelas G. Pertandingan diadakan di sebuah dewan sekolah di Sabak Bernam. Mereka
mengikuti pasukan Fatani Malaysia kerana bilangan peserta yang tidak mencukupi.
Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga 1.00ptg. Selepas selesai
solat jumaat maka pertandingan pun bermula. Sebelum pertandingan
dimulakan,peserta dikehendaki menimbang berat mereka yang bertujuan menentukan
kelayakan mereka untuk bertanding berdasarkan berat kelas masing-masing. Para
juri dan pengadil juga mengambil tempat masing-masing dan bersedia mengadili
pertandingan.
Sebelum pertandingan dimulakan,
para peserta didedahkan dengan peraturan-peraturan semasa pertandingan dan
adab-adab semasa pertandingan. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan salah faham
dan kesalahan-kesalahan peserta semasa sedang bertanding. Pertandingan ini
berlangsung selama tiga hari dua malam.
Semasa pertandingan dijalankan, kedengaran gamat sorakan daripada setiap
pasukan yang hadir. Peserta-peserta yang bertanding bersungguh-sungguh
mengumpul mata bagi memenangi pertandingan tersebut. Peserta KPTM KL iaitu
Ahmad Firduan Bin MOHD Rosli telah menewaskan lawannya dan melangkah ke suku
akhir dan separuh akhir seterusnya melayakkan diri ke pusingan akhir. Lantas
memenangi johan kelas J putra. Manakala, peserta KPTM KL iaitu Mie Tahul Khoir
Bin Kasmur telah terkandas di suku akhir. Ahmad Firduan Bin MOHD Rosli seterusnya
telah mendapat pingat penghargaan.
Saat-saat keemasan mereka, peserta dari KPTM KL ini, berjaya meraih kemenangan dalam Pertandingan terbuka SUKSES 2015. Mereka mendapat pingat emas yang telah melayakkan mereka untuk terus mara ke Pertandingan Sukan Malaysia(SUKMA) 2016 di Serawak.
Majlis penyampaian hadiah diadakan pada pukul 12.00 tengah hari. Pingat
diberikan kepada para pemenang.
Majlis berakhir pada pukul 2.00 ptg. Pada keseluruhannya, Pertandingan
pada tahun ini begitu sengit. Majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah
atau kesulitan. Diharap Kolej Poly-tech MARA Kuala Lumpur dapat mencari pelapis
baharu dan meletakkan nama KPTM KL di persada dunia.
Ahmad Firduan Rosli merupakan pelajar tahun pertama ACCA dan Presiden Kelab Silat Olahraga Martial Art. Beliau boleh dihubungi di firduanrosli888@gmail.com
0 comments:
Post a Comment