Thursday 29 October 2015

KPTM KL Kini Kolej Universiti

Tanggal 15 Oktober 2015, Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur dengan secara rasminya menjadi Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur.



Majlis Pengisytiharan peringkat dalaman telah selamat disempurnakan oleh YBhg. Prof Dr. Azali bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB merangkap Naib Canselor KUPTM KL pada 28 Oktober 2015 bertempat di Gelanggang Serbaguna KUPTM KL.

Dalam ucapan beliau, Prof. Dr. Azali berpesan kepada para pelajar yang kini telah bergelar mahasiswa supaya menerapkan nilai-nilai integriti yang sepatutnya ada kepada mahasiswa. Beliau juga berpesan kepada semua warga KUPTM supaya terus meningkatkan kualiti diri supaya sejajar dengan status Kolej Universiti ini, selain mengucapkan syukur dan tahniah kepada semua pihak yang telah membantu berjuang untuk mendapatkan status kolej universiti ini.



Usai ucapan, gimik pengisytiharan yang serba ringkas menyusul yang disaksikan oleh para mahasiswa dan warga kerja KUPTM KL, dengan disempurnakan oleh YBhg. Prof. dengan diiringi oleh barisan pengurusan tertinggi iaitu TNC AA, TNC HEPA, dan Timbalan Pendaftar. Gimik ini adalah hasil usaha bersama Majlis Perwakilan Pelajar, Bahagian Pengurusan Pelajar, Kelab Fasilitator, dan Special Task Force.



Acara ditamatkan dengan sesi bergambar.




p/s: Saya merasakan Prof Azali memberikan ucapan perpisahan ketika majlis ini dengan kelakuan dan isi ucapan beliau. Tekaan saya betul kerana hari ini (Jumaat, 30 Oktober) merupakan hari terakhir beliau di KUPTM KL /KPTMSB.

Saya mewakili seluruh warga Majlis Perwakilan Pelajar dan mahasiswa/i serta seluruh pelajar KPTM seMalaysia mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sumbangan dan tunjuk ajar yang telah Prof berikan kepada kami. Saya juga mendoakan agar prof sentiasa diberi kesempatan waktu dan kesihatan yang berpanjangan supaya terus gagah mendidik anak bangsa dan melahirkan generasi muda yang berilmu, beriman, dan beramal.

0 comments:

Post a Comment