Konvo
28 & 29 November 2015 mengikut
sidang masing-masing.
Sidang
|
Tarikh
|
Hari
|
Masa
|
Tempat
|
Sidang 1
|
28 November 2015
|
Sabtu
|
8.00 pagi
|
Dewan Plenari,
Putrajaya International
Convention Centre (PICC)
|
Sidang 2
|
28 November 2015
|
Sabtu
|
2.00 petang
|
|
Sidang 3
|
29 November 2015
|
Ahad
|
8.00 pagi
|
|
Sidang 4
|
29 November 2015
|
Ahad
|
2.00 petang
|
Raptai
Konvo
Tarikh : 27 November
2015 (Jumaat)
Masa : 2.30 ptg -
selesai
Tempat : Dewan Plenari PICC
2.
Berapakah bayaran yang dikenakan?
Graduan Ijazah
Persediaan dewan dan DVD: RM 200.00*
Jubah: RM 65.00**
Jumlah: RM 265.00
Graduan Diploma
Persediaan dewan dan DVD: RM 200.00*
Jubah: RM 60.00**
Jumlah: RM 260.00
*Dibayar secara deposit
tunai (bank-in) di kaunter BSN
**Dibayar secara tunai semasa
mengambil jubah pada 26 November 2015 (KUPTM KL) atau 27 November 2015 (Dewan
Plenari PICC)
3.
Saya tidak dapat hadir untuk mengambil jubah pada tarikh yang ditetapkan.
Bolehkan saya mewakilkan orang lain bagi pihak saya?
Boleh asalkan pembayaran untuk sewa
jubah dibuat pada hari tersebut.
4. Sekiranya
saya tidak dapat hadir pada hari konvo, bilakah saya dapat mengambil transkrip
dan skrol sijil/diploma/ijazah?
Graduan diberi tempoh selama tiga (3)
bulan selepas tarikh konvokesyen untuk menuntut skrol. Selepas tempoh
tersebut, bayaran RM100.00 dikenakan kepada pelajar.
Transkrip hanya dikeluarkan kepada graduan yang telah bergraduat dengan caj perkhidmatan sebanyak RM50.00 bagi setiap salinan.
Transkrip hanya dikeluarkan kepada graduan yang telah bergraduat dengan caj perkhidmatan sebanyak RM50.00 bagi setiap salinan.
5. Bagi
yang hadir, bila pelajar boleh mengambil transkrip dan di mana?
Dalam tempoh sejam selepas tamat sidang
masing-masing di Dewan Perdana PICC.
6.
Bolehkan saya mewakilkan orang lain untuk mengambil diploma/ijazah semasa hari
konvo?
Tidak boleh untuk wakilkan pihak lain
untuk naik ke pentas (melainkan graduan telah meninggal dunia, maka warisnya
dibenarkan).
Graduan dibenarkan untuk mewakilkan
pihak lain untuk menuntut skrol di Dewan Perdana dengan mengemukakan surat
bertandatangan yang memberi kebenaran kepada wakil tersebut untuk menuntut
skrol.
Pihak JK Konvo tidak akan bertanggungjawab
terhadap kerosakan/kehilangan skrol tersebut selepas diserahkan kepada wakil.
7.
Saya membuat pembayaran untuk menghadiri konvo tetapi tidak dapat menghadirkan
diri.
Wang bayaran tidak akan dipulangkan.
Namun, pelajar masih boleh menuntut DVD konvo dan skrol daripada pihak
berkenaan.
8.
Saya tidak melakukan pengesahan kehadiran, tidak membuat pembayaran dan tidak
mengisi tracer study. Apakah yang akan berlaku?
Sekiranya tiada sebab yang munasabah, ia
bermakna anda sangat tidak bertanggungjawab. Pengesahan dan tracer
study boleh dilakukan secara online tanpa perlu hadir
ke kolej.
9.
Berapa ramaikah jemputan yang dibenarkan untuk dibawa bersama ke dalam dewan?
2 orang sahaja.
10.
Apakah persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghadiri raptai?
Sila rujuk buku panduan konvokesyen.
Buku tersebut boleh dimuat turun di sini. <DOWNLOAD>
11.
Apakah syarat penyewaan dan pengambilan/pemulangan jubah konvo?
Sila rujuk buku panduan konvokesyen.
Buku tersebut boleh dimuat turun di sini. <DOWNLOAD>
12.
Apakah kod pemakaian semasa majlis?
Pakaian Graduan Lelaki
Baju Melayu berwarna Biru Gelap atau
Hitam lengkap bersamping tenun / songket hitam
ATAU Blazer Hitam lengkap berkemeja
lengan panjang, seluar (Hitam) dan bertali leher berwarna Merah.
Berkasut kulit hitam yang bertumit (dress
shoes), dan berstoking warna gelap; dan rambut didandan rapi dan tidak
panjang melebihi paras bawah telinga.
Memakai songkok diwajibkan bagi graduan
Diploma Muslim dan tidak diwajibkanbagi graduan bukan Muslim.
Pakaian
Graduan Perempuan
Graduan Muslim berbaju Kurung atau
Kebaya Labuh TANPA BELAH. Wajib memakai tudung polos (tidak bercorak
atau berbunga).
Graduan bukan Muslim berbaju kemeja
(blouse) berlengan panjang dan berseluar (Hitam) atau long dress atau
skirt labuh di bawah paras lutut TANPA BELAH.Graduan tidak diwajibkan
bertudung.
Kasut jenis tertutup (pump shoes) warna
hitam dan bertumit tidak melebihi satu setengah inci. Selipar atau sandal
atau lain-lain bentuk yang menampakkan jari kaki tidak dibenarkan.
Pelajar program Ijazah dibenarkan
memilih warna tudung mengikut warna bajuyang dipakai.
PENTING!
PERATURAN
BERPAKAIAN HENDAKLAH DIPATUHI SEBAGAIMANA YANG TELAH DITETAPKAN. GRADUAN YANG
TIDAK MEMATUHI KOD PAKAIAN INI TIDAK AKAN DIBENARKAN UNTUK TURUT SERTA
DALAM MAJLIS INI.
13.
Apakah had minimum umur jemputan yang boleh masuk ke dalam dewan?
12 tahun.
14.
Pointer dalam borang pengesahan adalah berbeza dengan pointer sebenar. Mengapa?
Sila rujuk Bahagian Akademik.
15.
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya tidak menghadiri konvo?
Sila berhubung dengan pihak jawatankuasa
konvo untuk mendapatkan skrol/transkrip anda.
16.
Adakah kenderaan memerlukan pelekat untuk meletakkan kenderaan? Berapa had
kenderaan yang dibenarkan kepada setiap graduan?
Tidak perlu pelekat. Anda bebas untuk
meletakkan kenderaan di mana-mana tempat parkir yang disediakan.
17.
Bolehkan saya menyewa jubah selain daripada tarikh yang ditetapkan untuk tujuan
penggambaran kerana tidak dapat hadir majlis konvo?
Boleh. Sila berhubung dengan Encik Yusof
bin Mat Ali di talian 03-91795664 atau datang ke Ibu Pejabat KPTM.
18.
Bagaimanakan saya ingin menyemak status kehadiran terkini?
Anda boleh semak di sini mengikut kod
kursus masing-masing:
atau terus ke laman ini: http://graduan.kptm.edu.my/
19.
Diploma/transkrip saya hilang/rosak. Apa yang perlu saya lakukan?
Pihak kolej tidak menyediakan salinan
skrol. Pihak kolej hanya menyediakan Surat Pengesahan Pengurniaan Diploma
atau Ijazah untuk tujuan penggantian kepada skrol yang telah hilang atau
rosak. Bayaran Perkhidmatan sebanyak RM50.00 dikenakan untuk mengeluarkan
Surat Pengesahan Pengurniaan Diploma atau Ijazah.
Salinan transkrip boleh diminta dengan
pihak kolej dengan bayaran sebanyak RM50.00.
20.
Bilakah tarikh akhir mengisi tracer study KPT? Apakah yang
akan terjadi sekiranya saya terlepas tarikh ini?
Amat penting bagi pelajar untuk
melengkapkan kaji selidik ini. Sila pastikan ia diisi sebelum majlis
konvokesyen nanti.
21. Boleh tak kalau saya tidak mahu hadir ke raptai?
Majlis Anugerah Konvokesyen merupakan majlis berprestij dan berprotokol. Tujuan raptai adalah untuk menyediakan diri anda sendiri untuk mengikut protokol yang ditetapkan bagi mengelakkan anda memalukan diri anda sendiri di hadapan khalayak ramai. Terpulanglah.
21. Boleh tak kalau saya tidak mahu hadir ke raptai?
Majlis Anugerah Konvokesyen merupakan majlis berprestij dan berprotokol. Tujuan raptai adalah untuk menyediakan diri anda sendiri untuk mengikut protokol yang ditetapkan bagi mengelakkan anda memalukan diri anda sendiri di hadapan khalayak ramai. Terpulanglah.
22.
Siapakah yang boleh saya berhubung untuk bertanya dengan lebih lanjut?
PEGAWAI-PEGAWAI
YANG BOLEH DIHUBUNGI
Pn. Siti Radiah Binti Abd Hamid :
03-91795715
En. Mohamad Hazeze Bin Aznan :
03-91795660
Cik Nordiwana Bt Rohaizat : 03-91795612
Pn. Emmy Fatmawaty Binti Hamdan :
03-91795659
Pn. Zarina Binti Yahya : 03-91795659
Pn. Nur Afidah Farahin Binti Mustapa
Kamal : 03-91795660
En. Mohd Yusoff Bin Mat Ali (Urusan
Jubah) : 03-91795664
Pn. Rohaidah Binti Hussain (Urusan
Jubah) : 03-91795712/667
Pn. Renny Fadzlina Mohamad
Redzuan : 03-91795666/670 (Urusan Tracer Study)
0 comments:
Post a Comment