Pada hari Sabtu, 22 Ogos 2015, Kolej
Poly-Tech Mara Kuala Lumpur telah menghantar dua orang peserta silat Martial
Arts ke Kejohanan Silat Terbuka Hulu Langat. Dua orang peserta itu ialah Ahmad
Firduan bin Mohd Rosli dari kelas J dan Mie Tahul Khoir bin Kasmur dari kelas
G. Pertandingan diadakan di sebuah dewan sekolah di Hulu Langat. Mereka
mengikuti pasukan Fatani Malaysia kerana bilangan peserta yang tidak mencukupi.
Kedua-kedua peserta dari KPTM KL ini, berjaya
meraih kemenangan dalam Pertandingan terbuka Hulu Langat 2015. Mereka mendapat
pingat emas yang telah melayakkan mereka untuk terus mara ke Pertandingan Sukan
Selangor(SUKSES).
Majlis penyampaian hadiah diadakan pada pukul 11.00 malam. Pingat
diberikan kepada para pemenang.
0 comments:
Post a Comment