Friday 4 September 2015

Breast Cancer Awareness Program


Program Breast Cancer Awareness merupakan inisiatif Exco Hubungan Luar dan Kemasyarakatan, Saudari Farah Nadiah binti Nor Hisyam bagi menyemai rasa prihatin dan meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya para siswa dan siswi di kolej ini.

Datuk Dr. M Devanand, Pengasas Pink Ribbon Wellness (L) bersama TNC Akademik

Program ini telah diadakan pada 11 Ogos lepas di Dewan Bunga Mawar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada bukan sahaja pelajar malah warga kerja kolej ini. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Khairul Baharein bin Mohd Nor, TNC Akademik dan Pengantarabangsaan Interim KUPTM manakala ceramah telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Dr M Devanand, Pengasas dan Pengerusi Pink Ribbon Wellness (L) Foundation.

Selain itu, pihak Avon juga menunjukkan tanda sokongan kepada program ini dan berbesar hati menaja cenderahati untuk diberikan kepada para peserta dan tetamu.


Sebahagian daripada para peserta, ahli jawatankuasa dan tetamu bergambar bersama setelah selesai program.

 Para peserta amat berpuas hati dengan program yang dijalankan dan banyak input yang telah mereka peroleh. Syabas diucapkan kepada Saudari Farah Nadia sebagai pengarah projek dan terima kasih kepada pihak Avon atas penajaan yang diberikan!




0 comments:

Post a Comment