Final Examination

Semoga beroleh kejayaan cemerlang! All the best ya!.

Breast Cancer Awareness Program

Kolaborasi antara MPP KPTM KL dengan pihak Pink Ribbon Wellness (L) Foundation untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser payudara dalam kalangan para pelajar KPTM KL. Speaker jemputan ialah Datuk Dr M Devanand dan program ini mendapat tajaan daripada pihak AVON. Farah Nadiah Binti Nor Hisham telah bertindak sebagai Pengarah Projek bagi menjayakan program ini

Smart Caliphs Dekati Orang Asli

Smart Caliphs Society telah menganjurkan program dakwah secara santai bersama orang asli di Kampung Bawong sempena Aidilfitri.

Inter-Program Parliamentary Debate

The first inter-program debate competition ever held in KPTM where 8 teams representing their respective programs debated among themselves. APROs team was crowned winner by successfully denying the motion "Men are Superior than Women", beating TESLian team by a margin of 5.6 points.

Mini Expo Raya Vaganza

Mini Expo cetusan idea TNC HEP telah dijayakan oleh MPP dengan kerjasama pelajar dan pihak pengurusan. Pemberian sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik telah disempurnakan oleh YBhg. Prof Dr. Azali bin Mohamed, CEO KPTM dan disampaikan kepada Exco Kebajikan selaku wakil pelajar.

Misi Dapur Jalanan

Pelajar KPTM Kuala Lumpur bersama-sama dengan aktivis dalam Misi Dapur Jalanan telah memasak dan mengagihkan makanan serta pakaian kepada gelandangan di sekitar Jalan Panggung, Kuala Lumpur.

KPTM KL Naib Johan Citrawarna 2015

Tahniah diucapkan kepada pasukan AKASIA KPTM Kuala Lumpur kerana menduduki tempat kedua dalam pertandingan Citrawarna! Pasukan ini juga memenangi Anugerah Koreografi Terbaik dan tempat keempat dalam kategori nyanyian.

Ujian Saringan Talasemia Dapat Sambutan Menggalakkan

MPP dan Bahagian Pengurusan Pelajar dengan kerjasama Klinik Kesihatan Cheras telah mengadakan ujian saringan talasemia untuk pelajar berumur antara 18 dan 24 tahun. Selain itu, terdapat juga ujian kesihatan yang lain turut disediakan.

Thursday 29 October 2015

KPTM KL Kini Kolej Universiti

Tanggal 15 Oktober 2015, Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur dengan secara rasminya menjadi Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur.



Majlis Pengisytiharan peringkat dalaman telah selamat disempurnakan oleh YBhg. Prof Dr. Azali bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB merangkap Naib Canselor KUPTM KL pada 28 Oktober 2015 bertempat di Gelanggang Serbaguna KUPTM KL.

Dalam ucapan beliau, Prof. Dr. Azali berpesan kepada para pelajar yang kini telah bergelar mahasiswa supaya menerapkan nilai-nilai integriti yang sepatutnya ada kepada mahasiswa. Beliau juga berpesan kepada semua warga KUPTM supaya terus meningkatkan kualiti diri supaya sejajar dengan status Kolej Universiti ini, selain mengucapkan syukur dan tahniah kepada semua pihak yang telah membantu berjuang untuk mendapatkan status kolej universiti ini.



Usai ucapan, gimik pengisytiharan yang serba ringkas menyusul yang disaksikan oleh para mahasiswa dan warga kerja KUPTM KL, dengan disempurnakan oleh YBhg. Prof. dengan diiringi oleh barisan pengurusan tertinggi iaitu TNC AA, TNC HEPA, dan Timbalan Pendaftar. Gimik ini adalah hasil usaha bersama Majlis Perwakilan Pelajar, Bahagian Pengurusan Pelajar, Kelab Fasilitator, dan Special Task Force.



Acara ditamatkan dengan sesi bergambar.




p/s: Saya merasakan Prof Azali memberikan ucapan perpisahan ketika majlis ini dengan kelakuan dan isi ucapan beliau. Tekaan saya betul kerana hari ini (Jumaat, 30 Oktober) merupakan hari terakhir beliau di KUPTM KL /KPTMSB.

Saya mewakili seluruh warga Majlis Perwakilan Pelajar dan mahasiswa/i serta seluruh pelajar KPTM seMalaysia mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sumbangan dan tunjuk ajar yang telah Prof berikan kepada kami. Saya juga mendoakan agar prof sentiasa diberi kesempatan waktu dan kesihatan yang berpanjangan supaya terus gagah mendidik anak bangsa dan melahirkan generasi muda yang berilmu, beriman, dan beramal.

Tuesday 20 October 2015

FAQ Konvokesyen KPTM ke-32



1. Bilakah tarikh sebenar konvo dan raptai konvo?
Konvo
28 & 29 November 2015 mengikut sidang masing-masing.

Sidang
Tarikh
Hari
Masa
Tempat
Sidang 1
28 November 2015
Sabtu
8.00 pagi
Dewan Plenari,
Putrajaya International
Convention Centre (PICC)
Sidang 2
28 November 2015
Sabtu
2.00 petang
Sidang 3
29 November 2015
Ahad
8.00 pagi
Sidang 4
29 November 2015
Ahad
2.00 petang
Raptai Konvo

Tarikh    :   27 November 2015 (Jumaat)
Masa     :   2.30 ptg - selesai
Tempat :   Dewan Plenari PICC

2. Berapakah bayaran yang dikenakan?

Graduan Ijazah
Persediaan dewan dan DVD: RM 200.00*
Jubah: RM 65.00**
Jumlah: RM 265.00

Graduan Diploma
Persediaan dewan dan DVD: RM 200.00*
Jubah: RM 60.00**
Jumlah: RM 260.00

*Dibayar secara deposit tunai (bank-in) di kaunter BSN
**Dibayar secara tunai semasa mengambil jubah pada 26 November 2015 (KUPTM KL) atau 27 November 2015 (Dewan Plenari PICC)

3. Saya tidak dapat hadir untuk mengambil jubah pada tarikh yang ditetapkan. Bolehkan saya mewakilkan orang lain bagi pihak saya?
Boleh asalkan pembayaran untuk sewa jubah dibuat pada hari tersebut.

4. Sekiranya saya tidak dapat hadir pada hari konvo, bilakah saya dapat mengambil transkrip dan skrol sijil/diploma/ijazah?
Graduan diberi tempoh selama tiga (3) bulan selepas tarikh konvokesyen untuk menuntut skrol. Selepas tempoh tersebut, bayaran RM100.00 dikenakan kepada pelajar.
Transkrip hanya dikeluarkan kepada graduan yang telah bergraduat dengan caj perkhidmatan sebanyak RM50.00 bagi setiap salinan.

5. Bagi yang hadir, bila pelajar boleh mengambil transkrip dan di mana?
Dalam tempoh sejam selepas tamat sidang masing-masing di Dewan Perdana PICC.

6. Bolehkan saya mewakilkan orang lain untuk mengambil diploma/ijazah semasa hari konvo?
Tidak boleh untuk wakilkan pihak lain untuk naik ke pentas (melainkan graduan telah meninggal dunia, maka warisnya dibenarkan).
Graduan dibenarkan untuk mewakilkan pihak lain untuk menuntut skrol di Dewan Perdana dengan mengemukakan surat bertandatangan yang memberi kebenaran kepada wakil tersebut untuk menuntut skrol.
Pihak JK Konvo tidak akan bertanggungjawab terhadap kerosakan/kehilangan skrol tersebut selepas diserahkan kepada wakil.

7. Saya membuat pembayaran untuk menghadiri konvo tetapi tidak dapat menghadirkan diri.
Wang bayaran tidak akan dipulangkan. Namun, pelajar masih boleh menuntut DVD konvo dan skrol daripada pihak berkenaan.

8. Saya tidak melakukan pengesahan kehadiran, tidak membuat pembayaran dan tidak mengisi tracer study. Apakah yang akan berlaku?
Sekiranya tiada sebab yang munasabah, ia bermakna anda sangat tidak bertanggungjawab. Pengesahan dan tracer study boleh dilakukan secara online tanpa perlu hadir ke kolej.

9. Berapa ramaikah jemputan yang dibenarkan untuk dibawa bersama ke dalam dewan?
2 orang sahaja.

10. Apakah persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghadiri raptai?
Sila rujuk buku panduan konvokesyen. Buku tersebut boleh dimuat turun di sini. <DOWNLOAD>

11. Apakah syarat penyewaan dan pengambilan/pemulangan jubah konvo?
Sila rujuk buku panduan konvokesyen. Buku tersebut boleh dimuat turun di sini. <DOWNLOAD>

12. Apakah kod pemakaian semasa majlis?

Pakaian Graduan Lelaki

Baju Melayu berwarna Biru Gelap atau Hitam lengkap bersamping tenun / songket hitam
ATAU Blazer Hitam lengkap berkemeja lengan panjang, seluar (Hitam) dan bertali leher berwarna Merah.
Berkasut kulit hitam yang bertumit (dress shoes), dan berstoking warna gelap; dan rambut didandan rapi dan tidak panjang melebihi paras bawah telinga.
Memakai songkok diwajibkan bagi graduan Diploma Muslim dan tidak diwajibkanbagi graduan bukan Muslim.

Pakaian Graduan Perempuan

Graduan Muslim berbaju Kurung atau Kebaya Labuh TANPA BELAH. Wajib memakai tudung polos (tidak bercorak atau berbunga).
Graduan bukan Muslim berbaju kemeja (blouse) berlengan panjang dan berseluar (Hitam) atau long dress atau skirt labuh di bawah paras lutut TANPA BELAH.Graduan tidak diwajibkan bertudung.
Kasut jenis tertutup (pump shoes) warna hitam dan bertumit tidak melebihi satu setengah inci. Selipar atau sandal atau lain-lain bentuk yang menampakkan jari kaki tidak dibenarkan.
Pelajar program Ijazah dibenarkan memilih warna tudung mengikut warna bajuyang dipakai.

PENTING!
PERATURAN BERPAKAIAN HENDAKLAH DIPATUHI SEBAGAIMANA YANG TELAH DITETAPKAN. GRADUAN YANG TIDAK MEMATUHI KOD PAKAIAN INI TIDAK AKAN DIBENARKAN UNTUK TURUT SERTA DALAM MAJLIS INI.

13. Apakah had minimum umur jemputan yang boleh masuk ke dalam dewan?
12 tahun.

14. Pointer dalam borang pengesahan adalah berbeza dengan pointer sebenar. Mengapa?
Sila rujuk Bahagian Akademik.

15. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya tidak menghadiri konvo?
Sila berhubung dengan pihak jawatankuasa konvo untuk mendapatkan skrol/transkrip anda.

16. Adakah kenderaan memerlukan pelekat untuk meletakkan kenderaan? Berapa had kenderaan yang dibenarkan kepada setiap graduan?
Tidak perlu pelekat. Anda bebas untuk meletakkan kenderaan di mana-mana tempat parkir yang disediakan.

17. Bolehkan saya menyewa jubah selain daripada tarikh yang ditetapkan untuk tujuan penggambaran kerana tidak dapat hadir majlis konvo?
Boleh. Sila berhubung dengan Encik Yusof bin Mat Ali di talian 03-91795664 atau datang ke Ibu Pejabat KPTM.

18. Bagaimanakan saya ingin menyemak status kehadiran terkini?
Anda boleh semak di sini mengikut kod kursus masing-masing:
atau terus ke laman ini: http://graduan.kptm.edu.my/

19. Diploma/transkrip saya hilang/rosak. Apa yang perlu saya lakukan?
Pihak kolej tidak menyediakan salinan skrol. Pihak kolej hanya menyediakan Surat Pengesahan Pengurniaan Diploma atau Ijazah untuk tujuan penggantian kepada skrol yang telah hilang atau rosak. Bayaran Perkhidmatan sebanyak RM50.00 dikenakan untuk mengeluarkan Surat Pengesahan Pengurniaan Diploma atau Ijazah.
Salinan transkrip boleh diminta dengan pihak kolej dengan bayaran sebanyak RM50.00.

20. Bilakah tarikh akhir mengisi tracer study KPT? Apakah yang akan terjadi sekiranya saya terlepas tarikh ini?
Amat penting bagi pelajar untuk melengkapkan kaji selidik ini. Sila pastikan ia diisi sebelum majlis konvokesyen nanti.

21. Boleh tak kalau saya tidak mahu hadir ke raptai?
Majlis Anugerah Konvokesyen merupakan majlis berprestij dan berprotokol. Tujuan raptai adalah untuk menyediakan diri anda sendiri untuk mengikut protokol yang ditetapkan bagi mengelakkan anda memalukan diri anda sendiri di hadapan khalayak ramai. Terpulanglah.

22. Siapakah yang boleh saya berhubung untuk bertanya dengan lebih lanjut?

PEGAWAI-PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI
Pn. Siti Radiah Binti Abd Hamid : 03-91795715
En. Mohamad Hazeze Bin Aznan : 03-91795660
Cik Nordiwana Bt Rohaizat : 03-91795612
Pn. Emmy Fatmawaty Binti Hamdan : 03-91795659
Pn. Zarina Binti Yahya : 03-91795659
Pn. Nur Afidah Farahin Binti Mustapa Kamal : 03-91795660
En. Mohd Yusoff Bin Mat Ali (Urusan Jubah) : 03-91795664
Pn. Rohaidah Binti Hussain (Urusan Jubah) : 03-91795712/667
Pn. Renny Fadzlina Mohamad Redzuan : 03-91795666/670 (Urusan Tracer Study)


Monday 12 October 2015

Smart Caliphs Raikan Lebaran bersama Orang Asli

Program ini adalah program yang pertama kali diadakan oleh kelab Smart Caliph Society. Program ini juga merupakan program khidmat masyarakat untuk masyarakat di perkampungan orang asli kampong Sungai Tiang Royal Belum Perak. Program yang dijalankan ini merupakan dakwah santai yang mana masyarakat Orang Asli tidak akan dibebankan dengan pelbagai hukum dan syariat Islam. Objektif utamanya adalah memikat hati masyarakat ini kepada Islam. Program Lebaran Clothes For Orang Asli adalah bertujuan memberi semangat dan galakan kepada masyarakat Orang Asli yang telah memeluk Islam agar kekuatan hati mereka terhadap Islam terus kekal.

HARI PERTAMA: 10 JULAI 2015

Pada hari pertama, para peserta diminta untuk berkumpul di lobi belakang KPTM pada pukul 9.00 pagi. Tepat pada pukul 9.30 pagi, kami bertolak dari kolej ke Sungai Tiang Royal Belum, Perak. Perjalanan kami mengambil masa selama lebih kurang 7 jam. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan, kami tidak menghadapi sebarang kesulitan atau masalah. Pada jam 3.30 petang, kami singgah di Fresh Mart, Pekan Gerik untuk membeli keperluan makanan dan bahan masakan untuk sepanjang tempoh program. Setelah membeli semua keperluan tersebut, kami meneruskan lagi perjalanan kami ke destinasi yang seterusnya. Tepat pada jam 5.00 petang, kami tiba di Pulau Banding dan mengalihkan kesemua barang-baranng tersebut dari Pusat Perikanan Darat Banding, Tasik Temenggor, Perak ke “houseboat”.



Peserta perempuan memulakan aktiviti dengan memasak untuk juadah berbuka puasa. Memasak di atas ‘’houseboat’’ merupakan pengalaman baru buat kami semua. Manakala peserta lelaki pula ditugaskan untuk membungkus pek-pek kebahagiaan untuk diberi sumbangan kepada orang asli pada keesokan harinya. Dalam pek kebahagiaan tersebut terdapat beberapa sumbangan seperti minyak masak,gula, tepung, teh dan susu. Menu untuk berbuka puasa adalah taugeh goreng dan ayam masak merah. Yang lebih menarik, kami dihidangkan dengan makanan di dalam talam. Selepas berbuka, kami semua mendirikan solat jamak Maghrib dan Isyak secara berjemaah di atas “houseboat” yang juga merupakan tempat penginapan kami pada malam tersebut.














Setelah selesai mendirikan solat berjemaah, kami sama-sama berkumpul pada pukul 8.50 malam untuk sesi taklimat oleh pengarah program, saudara Ahmad Fikri bin Abd Kadir. Sesi taklimat tersebut adalah untuk menerangkan keseluruhan tentatif program kami selama tiga hari dua malam. Saudara Jazlie pula ditugaskan untuk memberi lebih terperinci mengenai tugas-tugas para peserta. Sesi taklimat program berakhir pada jam 12.00 tengah malam.

HARI KEDUA : 11 JULAI 2015

Pada hari kedua, aktiviti pertama kami bermula seawal jam 7.50 pagi. Kami diminta untuk berkumpul dan pek kebahagiaan diedarkan kepada setiap orang peserta untuk diedarkan kepada setiap rumah. Tepat pada jam 8.00 pagi, kami semua mula bergerak ke setiap rumah penduduk kampung dan mengagihkan pek kebahagiaan dan juga kurma. Mereka kelihatan sangat gembira apabila mendapat sumbangan tersebut dan melayan kami dengan baik sekali. Semasa mengedarkan pek kebahagiaan tersebut, kami juga telah memberitahu dan menjemput mereka untuk membawa anak-anak mereka mengikuti aktiviti yang kami adakan.














Seusai pemberian pek kebahagiaan diedarkan, aktiviti kami yang seterusnya diadakan pada pukul 9.30 pagi. Kami mengadakan aktiviti “Teeth Care” dan “Body Care”. Aktiviti ini berlangsung di Balai Sewang dan ramai kanak-kanak yang turut menyertai aktiviti tersebut. Semua kanak-kanak yang hadir diberikan satu beg yang mengandungi alat-alat untuk menjaga kebersihan diri seperti sabun,berus gigi, ubat gigi, pengetip kuku dan sebagainya. Kemudian, kami membawa mereka ke tepi tasik untuk memandikan mereka dan mengajar mereka cara-cara membersihkan gigi dan badan dengan betul.

Setelah aktiviti “Teeth Care” dan “Body Care” tamat, kami memberikan sedikit hiburan kepada kanak-kanak di sana dengan menonton skrin layar putih. Kami menayangkan kepada mereka filem Upin dan Ipin yang bertajuk“Geng”. Aktiviti seterusnya diadakan pada pukul 2.00 petang. Pada waktu tersebut berlangsung dua aktiviti secara serentak untuk ibu dan kanak-kanak. Aktiviti untuk para ibu adalah kelas memasak “cucur” dan untuk kanak-kanak adalah aktiviti pembelajaran “Counting The Numbers” dan “ Perfect English”. Pada jam 4.00 petang, para AJK masakan sama-sama bergotong-royong untuk menyediakan juadah berbuka puasa untuk 300 orang termasuk kami dan juga para penduduk kampung. Menu berbuka puasa pada hari tersebut adalah kari ayam, sayur goreng dan ikan goreng. Hampir kesemua penduduk Kg.Chiong hadir untuk berbuka puasa bersama kami.




Selepas berbuka puasa, kami semua sama-sama mendirikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah di Balai Sewang. Diikuti dengan solat sunat Terawih bersama-sama penduduk kampung. Setelah selesai menunaikan solat terawih secara berjemaah, kami meneruskan dengan aktiviti kemuncak bagi program kami. Majlis Penutup berjalan dengan  begitu lancar. VIP yang hadir pada malam tersebut adalah Tok Batin Kg.Chiong. Setelah ucapan alu-aluan oleh Ustaz Bazli bin Hashim, Tok Batin dan Datin Seri Siti Zubaidah selesai, upacara menyarungkan baju raya kepada wakil kanak-kanak lelaki dan perempuan  berlangsung. Upacara ini merupakan simbolik kepada program kami iaitu Lebaran Clothes For Orang Asli. Majlis penutup tersebut berakhir pada jam 11.30 malam.



HARI KETIGA : 12 JULAI 2015

Pada hari terakhir, sebelum berangkat pulang kami semua sekali lagi menziarahi rumah-rumah orang asli di Kg.Chiong buat kali terakhir. Kami semua berasa amat sedih untuk berangkat pulang kerana penduduk kampung tersebut melayan kami seperti anak mereka sendiri. Kami juga telah menganggap mereka sebagai keluarga angkat kami. Ada di antara mereka memberikan hadiah kenangan buat kami. Yang paling menarik, kami juga mendapat durian secara percuma. Walaupun hanya tiga biji durian yang kami dapat, kami merasakan pemberian tersebut adalah sangat bermakna.

Selepas menziarahi keluarga angkat kami buat kali terakhir, ustaz dan beberapa orang peserta lelaki memancing ikan di tasik tersebut. Hasil tangkapan mereka agak berbaloi. Pada pukul 10.30 pagi, kami bergerak pulang. Dalam perjalanan pulang ke jeti, kami diberi peluang untuk bermandi-manda di tengah-tengah tasik yang indah tersebut. Pada pukul 7.00 petang, kami singgah untuk berbuka puasa di sebuah restoran. Juadah berbuka puasa kami semua ditaja oleh Dato’Tarmizi. Sebelum berbuka, kami turut mengadakan tahlil ringkas untuk muslimin dan muslimat. Alhamdulillah, kami selamat tiba di kolej lebih kurang pada pukul 2.30 pagi. Diharapkan program ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.




Ditulis oleh:
SITI NABILAH BINTI AHMAD MUKHTAR

SETIAUSAHA

Muharram Bukan Bulan Hijrah?

MUHARRAM BUKAN BULAN NABI BERHIJRAH



Soalan: Dr Asri, menjelang bulan Muharram, kita umat Islam akan memperkatakan tentang bulan ini sebagai bulan Hijrah, di mana Nabi s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah. Bolehkah Dr bincangkan hikmah Nabi s.a.w memilih bulan Muharram sebagai bulan hijrah baginda? Apakah lagi yang patut kita lakukan untuk menyambut bulan hijrah ini selain dari apa yang biasa masyarakat kita lakukan?

-Nasir, Kuantan.-

Jawapan Dr MAZA: Terima kasih atas soalan yang diberikan. Sebenarnya, banyak perkara dalam mengambil fakta agama dibuat secara ikutan tanpa penelitian dan semakan yang pasti. Kita sering mengikut apa yang orang lain sebut atau ungkapkan tanpa kita memastikan ketepatannya. Malang sekali, bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat awam, tetapi juga dalam kalangan mereka yang terpelajar. Untuk menjawab soalan saudara, saya ingin sentuh beberapa perkara berikut:

1. Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina ‘Umar al-Khattab r.a. membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah. Ini seperti bulan Januari bagi tahun masihi. Maka, telah berlaku salahfaham sesetengah pihak lalu menganggap Nabi s.a.w berhijrah dalam bulan Muharram. Itu andaian yang tidak tepat.

2. Dahulunya, orang Arab tidak mempunyai kiraan tahun. Mereka hanya mempunyai kiraan bulan dengan nama bulan seperti yang digunakan oleh umat Islam. Nama bulan-bulan hijrah kita hari ini diambil dari nama bulan-bulan ‘Arab. Cumanya, Arab tidak mempunyai kiraan tahun seperti mana bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun masihi mereka. Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalender umat Islam. Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w. untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam Namun ditolak oleh Amirul al-Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam. Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama. Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan. Namun, Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkab bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah.

3. Sejarahwan besar al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) menyebut dalam karya sejarahnya al-Bidayah wa al-Nihayah: Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr). Riwayat ini jelas menunjukkan pemilihan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalender Hijrah bukanlah kerana ia bulan yang Nabi s.a.w berhijrah padanya. Ia hanya bulan pilihan yang dijadikan bulan pertama bagi kalendar hijrah.

4. Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad).

5. Dengan ini, berdasarkan maklumat yang dinyatakan tadi, jelas bulan muharram bukanlah bulan baginda Nabi s.a.w berhijrah, ataupun memulakan hijrah. Kesimpulannya; baginda keluar dari rumah pada akhir bulan Safar. Memulakan hijrah pada hari pertama Rabiul Awwal dan sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awwal. Jika ada perbezaan pendapat dalam kalangan sejarahwan, ia berkisar pada hari-hari yang disebutkan itu sahaja. Adapun bulan, mereka bersetuju hijrah Nabi s.a.w pada Rabiul Awwal. Dengan itu, kita sepatutnya tahu bahawa bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kiraan kalendar hijrah, bukan bulan hijrah Nabi s.a.w.

6. Penetapan kalendar hijrah yang dibuat oleh Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a adalah langkah yang tepat bagi memenuhi keperluan urusan pentadbiran dan kehidupan umat Islam. Walaupun idea itu bermula dari cadangan meniru cara pengurusan bukan muslim, tetapi meniru bukan muslim dalam perkara yang bukan ibadah dan pula dapat memberikan faedah kepada umat Islam adalah sesuatu yang diizinkan, bahkan disuruh oleh Islam. Langkah Saidina Umar r.a. itu telah membantu pengurusan dan pentadbiran umat Islam sepanjang zaman. Maka, penetapan tarikh bagi tahun hijrah bukanlah bagi mengujudkan satu upacara agama, tetapi untuk urus tadbir umat.

7. Setelah kita jelas tentang latar penetapan tahun hijrah, iaitu ia berlaku pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab r.a bukan pada zaman Rasulullah s.a.w, maka sudah pastilah tiada apa-apa upacara ibadah khusus –sama ada solat khusus, atau puasa khusus atau bacaan khusus- yang Nabi s.a.w lakukan sempena tahun baru hijrah kerana kiraan tahun baru hijrah belum bermula pada zaman baginda. Pada zaman Umar dan khalifah-khalifah selepas Umar juga tiada sebarang upacara ibadah khusus sempena kedatangan tahun baru hijrah. Sebaik-baik petunjuk dalam ibadah ialah petunjuk Nabi s.a.w dan al-Khalafa al-Rasyidin.

8. Setiap hari, setiap waktu umur kita bertambah atau meningkat. Sama ada memasuki tahun baru atau tidak, hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh untuk berazam ke arah yang lebih baik, samada menjelang atau belum tahun yang baru. Itulah kehidupan dan jiwa seorang muslim. Masa tidak selalu menunggu kita. Kabaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah jalan hidup yang patut kita fahami dan hayati. Itu sikap golongan soleh sepanjang zaman. Mereka sentiasa memohon kebaikan dan sentiasa beristighfar kepada Allah.

9. Jika tahun baru hendak diingati atau dihayati, mungkin di sudut kedatangan tahun baru boleh menjadi pemangkin semangat dan azam. Membantu penilaian dan perancangan. Maka, ia akan menggalakkan kita memuhasabah diri; apakah kejayaan amalan baik atau dosa yang telah kita lalui tahun lalu? Juga, yang penting apakah perancangan dan azam kebaikan bagi kalendar yang akan datang. Maka kita pun berazam ke arah prestasi yang lebih baik.

Artikel ini adalah perkongsian yg admin dapat daripada Whatsapp.

Tuesday 22 September 2015

Santai Raya Kg. Bawong

HARI PERTAMA

Program ini adalah program kedua yang diadakan oleh kelab Smart Caliphs Society. Ianya merupakan program khidmat masyarakat untuk masyarakat di perkampungan orang asli Kampung Bawong, Sungai Siput Utara, Perak. Program yang dijalankan ini merupakan dakwah santai yang mana masyarakat Orang Asli tidak akan dibebankan dengan pelbagai hukum dan syariat Islam.













Objektif utama program Silaturrahim Santai Raya ini adalah untuk menjalinkan talian persaudaraan antara peserta dan penduduk kampong Bawong. Mereka diberi pendedahan tentang asas-asas ibadah Islam, penjagaan dan pembersihan diri dan tubuh badan serta menyambut hujung Syawal bersama-sama. Program kali ini lebih memfokuskan kepada anak-anak di kampung tersebut, di mana aktiviti-aktviti adalah lebih kepada mengutamakan mereka.

Pada hari pertama, semua peserta telah berkumpul di lobi belakang KPTM pada pukul 9.00 pagi untuk bersama-sama membungkus pek bantuan keperluan asas makanan kepada penduduk Kampung Bawong, Sungai Siput Utara, Perak. Antara yang dibekalkan dalam pek tersebut adalah makanan tin, susu, tepung dan teh. Tepat pukul 11 pagi, kami bertolak dari kolej ke destinasi yang dirancang. Perjalanan kami mengambil masa selama lebih kurang 5 jam. Alhamdulillah, perjalanan kami berjalan dengan lancar tanpa sebarang aral yang melintang. Kami tiba di Masjid Kampung Bawong lebih kurang jam 3.45 petang dan setelah bersama-sama mengerjakan solat jamak di masjid tersebut, para peserta bergerak ke rumah para penduduk untuk menyampaikan pek keperluan asas dan mengajak mereka untuk ke kuliah Maghrib dan tayangan wayang pada malam itu. Kami sempat bermesra dengan penduduk kampung yang menyambut baik kedatangan kami pada hari tersebut.


Sebahagian daripada ahli jawatankuasa masakan bertungkus lumus di dapur untuk menyediakan menu makan petang iaitu cekodok dan memotong bahan-bahan yang diperlukan untuk masak malam. Setelah tugas menyampaikan pek keperluan selesai, para peserta kembali ke masjid untuk membersihkan diri dan solat maghrib dan Isyak berjemaah. Menu masakan kami pada malam itu adalah sayur tauhu dan taugeh serta ikan goreng masak kicap. Makan dalam talam mengeratkan lagi ukhwah antara kami dan disertai pula dengan sebahagian kanak-kanak yang datang awal ke masjid. Usai makan malam, kami bersama-sama para penduduk kampong yang hadir menonton wayang layar putih yang bertajuk “How To Train Your Dragon”. Sejurus wayang berakhir, kami disajikan pula dengan durian enak oleh Ustaz Bazlie, pegawai kami.


Hari pertama merupakan hari pemanasan badan buat para peserta dan tidak kurang juga kepada para penduduk Kampung Bawong untuk merapatkan silaturrahim di antara kami. Selesai sahaja sesi tayangan dan makan, post mortem dijalankan dipimpin oleh saudara Presiden Smart Caliphs Society iaitu Ahmad Fikri. Sesi perkongsian dan taaruf sesama peserta turut diadakan pada malam itu. Setelah membersihkan kawasan makan, para peserta masuk tidur.

HARI KEDUA

Kami memulakan aktiviti pada hari kedua dengan solat Subuh berjemaah pada jam 6 pagi di masjid Kampung Bawong. Pada jam 7 pagi, senaman aerobik diadakan atas tujuan pemanasan badan sebelum bergerak ke rumah penduduk Kampung Bawong. Kami dijamu dengan makan pagi iaitu mi goreng. Aktiviti pertama kami pada pagi itu tidak berjalan dengan lancar kerana hujan turun dengan lebatnya, jadi aerobik dijalankan sesama kami sahaja. Setelah itu, kami menghantar makanan pagi iaitu bihun goreng kepada setiap rumah di kampung tersebut dan mengajak mereka ke masjid.


Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang hari itu; antaranya ialah gotong royong membersihkan kubur dan mengecat rumah tok batin oleh para peserta program. Selesai solat Zohor dan makan tengahari bersama penduduk kampung, sesi penjagaan diri untuk anak-anak iaitu Teeth and Body Care diadakan; diikuti dengan Smart Solat, Perfect English dan Counting The Numbers. Setiap aktiviti mendapat sambutan yang meriah dari adik-adik ini. Mereka sangat bersemangat ketika soalan dilontarkan dan menjalankan tugasan melukis dengan baik sekali. Adik-adik yang berani menjawab soalan mendapat hadiah dan nyata mereka teruja sekali!


Usai solat Asar, program diteruskan lagi dengan aktiviti sukaneka. Adik-adik di sini ternyata begitu seronok bermain permainan yang telah disediakan oleh para pelajar KPTM ini. Antara permainan yang diadakan ialah cari gula-gula dalam tepung. Di dapur pula, para peserta yang ditugaskan untuk memasak bertungkus-lumus menyediakan makanan untuk sambutan hari raya bersama para penduduk Kampung Bawong yang diadakan pada malam itu seiring dengan Art Night. Sambutan ini bertempat di Balai Sewang, Kampung Bawong, Sungai Siput Utara, Perak. Antara menu utama yang dijamukan kepada penduduk ialah nasi, ayam kari, ayam masak kurma, rending daging dan sayur. Makanan sampingan termasuk nugget dan lemang turut disajikan.



Sambutan Hari Raya berjalan dengan baik sekali apabila semua penduduk kampung turun memeriahkan majlis. Art Night juga menyaksikan para peserta berpeluang menari sewang (tarian orang asli) di atas pentas buluh kayu itu dan mereka turut menyampaikan persembahan mereka sebagai dedikasi khas kepada penduduk kampung. Sebelum majlis berakhir, sedikit penghargaan telah disampaikan oleh pegawai kami, Ustaz Bazlie Bin Hashim kepada Tok Batin dan para VIP. Hujan nyata tidak mengganggu program kami pada malam itu. Usai sambutan tersebut, kami membersihkan kawasan balai dan pulang ke masjid. Para peserta yang tidak sempat makan di Balai Sewang dijamu dengan makanan yang sama di masjid dan diberi rehat sebelum meneruskan aktiviti pada keesokan harinya.

HARI KETIGA

Azan Subuh berkumandang di Masjid Kampung Bawong pada jam 530 pagi mengejutkan para penduduk dan peserta untuk bersama-sama mengerjakan solat fardhu dua rakaat itu secara berjemaah. Sejurus selepas selesai solat, para peserta yang bertanggungjawab di dapur terus menjalankan tugas masing-masing memasak menu pagi itu, iaitu mi goreng dan telur omelette. Setelah itu, kami bersama-sama melakukan senaman aerobik yang dsertai sebahagian dari kanak-kanak di kampung tersebut.

Dek kerana majlis Sambutan Hari Raya bersama penduduk telah diadakan pada malam hari dan berakhir hamper 11 malam, kami kembali semula ke Balai Sewang pada pagi itu untuk membersihkan sisa-sisa kotoran yang bersepah di jalan itu. Kami juga telah berjalan dari rumah ke rumah untuk mengajak penduduk kampung untuk makan tengahari bersama-sama sebelum kami berangkat pulang ke KPTM. Nasi minyak, ayam masak sambal, sayur campur goreng dan papadam menjadi menu santapan kami tengahari itu. Kami mengambil peluang itu untuk beramah mesra dengan penduduk yang terdiri dari golongan tua ke muda ketika makan bersama.


Setelah selesai makan tengahari, kami pergi dari rumah ke rumah untuk mencari anak-anak kecil untuk memberikan mereka sedikit sumbangan berupa baju kurung untuk dipakai. Setelah itu, para peserta dibawa ke air terjun untuk merasa sendiri dingin air dan kecantikan pemandangan dan suasana di kampung tersebut. Kami dibawa menaiki Hi-Lux dan dihantar bergilir-gilir ke sana. Segala aktiviti telah dijalankan dengan baik dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari penduduk Kampug Bawong. Nyata sekali mereka sangat mengalu-alukan kehadiran para pelajar ke kampung mereka. Kami sangat berbesar hati kerana sebelum balik, kami mendapat gelang yang diperbuat daripada kayu rotan sebagai cenderamata kenang-kenangan dari salah seorang dari penduduk kampung tersebut.



Kami sangat gembira menjalinkan hubungan baik sesama penduduk walaupun bahasa dan bangsa yang berlainan. Di wajah mereka terpampang rasa gembira, dan di hati kami terselit rasa syukur kerana berbeza dengan keadaan mereka, kami nyata lebih bertuah. Kami bertolak keluar dari perkarangan Masjid Kampung Bawong tepat jam 5 petang dan selamat tiba di KPTM Kuala Lumpur pada jam 1030 malam.

Ditulis oleh:
Nur Amelia Zaidil
Setiausaha Program
BE101 Semester 3

Saturday 19 September 2015

Penerima Skim Dana Ehsan Pendidikan Khas (SDEP-K)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berikut ialah nama para pelajar yang disenaraipendek bagi permohonan wang sara hidup Skim Dana Ehsan Pendidikan-Khas (SDEP-K) YPM.

BIL  NAMA PELAJAR KKursus
1 NUR SHAHIRAH BINTI MUHAMAD AA102
2 MUHAMMAD HASIF BIN SHAIFUL ANUAR AA102
3 NUR AQILAH FATINI BINTI MOHD SALMI AA102
4 MOHAMMAD AQIL FITRI BIN ISHAK AA102
5 AINUL ASHIKIN BT KHAIRUS AA102
6 AMIRAH AQILAH BINTI MOHD AKHIR AA102
7 NORSHAFIRAH BT ABD HALIM AA102
8 AZIZAH BT MOHAMAD YUSOP AA102
9 NURUL ATHIRAH BINTI AHMAD SABRIE AA102
10 NUR RASYIQAH BINTI NASIRUDDIN AA102
11 NADIATUL IZWANI BINTI MAT ZAN AA102
12 ANIS SOBIRIN BINTI AHMAD SAKAOFF AA102
13 NURJANNAH BINTI NASARUDDIN AA102
14 MOHD SADDIQIM BIN MAT SAAD AA102
15 MUHAMMAD YUSUFF BIN LUKMAN AA102
16 SHAIFUL IQMAL BIN ISMAIL AA102
17 MUHAMMAD AMIRUL FUZAIRI BIN ROSLAN AA102
18 IZZATY MAISARAH BINTI KHIRUNIZAM AA111
19 NURUL AIDIL AFIQAH BINTI MOHD FADLI AA111
20 NORFATIHAH BINTI MOHAMAD AA111
21 KHAIRUN NISAQ BINTI ABU ZARIN AA111
22 MUHAMMAD HAZIQ BIN MD SALLEH AA112
23 AIN SUHANA BINTI AHMAD SUFFI AA211
24 WAN MOHD NAKIYUDDIN BIN WAN ZIN AA211
25 MUHAMMAD ASYRAF BIN ZULKIPLI AA211
26 HANA ATIRA BT MOHAMED YUSOF AA211
27 NOOR EZZAH HAYATI BT NAWAWI BE101
28 NATASHA NADIA BINTI YUSOF BE101
29 SYAZWIN FAHZLIN BT MOHD FAHRUGHAZI BE101
30 NOR BAIZURA BINTI ZAIMI BE101
31 NUR ATHIRAH BINTI AZMI BE101
32 YUSOF BIN MOHD FADZIL BE101
33 NURUL NAJIHAH BT IDRIS BE101
34 FARAH NABILA BINTI ISMAIL BE101
35 SHASHA NABILA BINTI NORAZLI BE101
36 NUR SHARMILA BINTI MOHD SALLEH BE101
37 MUHAMMAD SYAHMIE BIN ROSLI BE101
38 NOORFARAH IZZATY BINTI HARRIS NASUTION BE101
39 NUR AIDA FAIQAH BINTI ZUL BE101
40 FATEIN AMEIRA BINTI MUHAMMAD CHIEW BE101
41 NUR LIYANA FATINI BINTI ISMAIL BE101
42 QHURRATUL AIN BINTI KAMARUL ZAMAN BE101
43 FARA NURUL AMIRA BINTI SIDE MOHAMED BE101
44 NUR AZLIANA BTE KASSIM BE101
45 NURFARHAH NAJEEHA BT MOHD HAFIZAMI BE101
46 NUR SYAKINAH BINTI ZAINI BE101
47 NURSYUHADA BINTI KHALID BE101
48 NIK AHMAD FADZIL BIN FAKHRUDDIN BE101
49 MUHAMMAD AMIR SHAKIRIN BIN MUHD SABRI BE101
50 NURINA IZZATI BINTI MOHD HAZIMAN BE101
51 SITI SHAHIRAH BINTI ABD HAMID BE101
52 AZAD SYAHMI AZIZI BIN ABDULLAH BE101
53 FITRIAH BINTI AB RAHMAN BE101
54 NURUL JANNAH ATHIRA BINTI ZAINAL BE101
55 NORSYAHFEQAH BINTI RAZALI BK101
56 MUHAMMAD  ARIFF BIN MOHD AMIN BK101
57 NURFARAH ANIS BINTI MALIK BK101
58 MUHAMAD DANIAL ANAM BIN NORAZNAM BK101
59 MOHAMAD KEANUDIN BIN MOHAMAD AZMAN BK101
60 FATIN NURAIN BT MUSTAFFA KAMAL BK101
61 MOHAMAD SYATBILHANIS B MD LOKMAN BK101
62 MUHAMAD FIKRI BIN MOHD FEISAL BK101
63 NUR AMALINA BINTI MOHAMED IDRIS BK101
64 NURSAIFUL SYAHMI BIN ANUAR BK101
65 MOHAMED AZIM BIN MOHD ZAID BK101
66 ROSLIZAWATI BT ROSLI BK101
67 NURUL JASMINA BINTI ABDULLAH HASHIM BK101
68 MUZDALIFAH BINTI ASMAT BK101
69 ATHIRAH NABILA BINTI MAHAMAD TAMRIN BK101
70 ISHAK ARBAIN BIN MOHD ANWAR CC101
71 KHAIRUL HELMIE BIN AZMAN CC101
72 FATIN FAQIHAH BINTI MAJID CC101
73 MUHAMAD KHAIRUL AIZAT BIN NAZARUDDIN CC101
74 NUR QAMARULL JANNAH CC101
75 FATIN FARINA AIDA BINTI JASLAN CC101
76 MUHAMMAD FIRDAUS BIN RAHIM CC101
77 SYAHMI HARIZ BIN OMAR CC101
78 MUHAMMAD IZWAN BIN ROHAIMI CC101
79 NURUL AINI BINTI MAT ZAKI CC101
80 MIMI HUSNA BINTI AHMAD ROSLI CC101
81 MUHAMMAD AMIR SARIFUDIN BIN MAHMUDDIN CC101
82 NOR IBRAHIM BIN MAHIYUDIN CC101
83 RAUHAH NADHIRAH ' AINI BINTI RUSLY CC101
84 MUHAMMAD ALIFF BIN MOHAMAD ZULHAKIM CC101
85 CHE NUR NADIRA BINTI CHE DA CC101
86 NUR FARAH AQILLA BINTI YURI CC101
87 NUR IFFAH AFIQAH IBRAHIM CC101
88 MUHAMMAD ARIF ASYRAF BIN ABD RAZAK CC101
89 MOHAMAD FARIQ BIN ABDUL GHANI CC101
90 MUHAMAD HAZIQ BIN MD NAZIM CC101



Para pelajar yang masih belum membuat permohonan boleh berbuat demikian dengan mengambil borang permohonan SDEP-K di HEP Tingkat 2. Berikut merupakan dokumen yang perlu disahkan iaitu :

  1. Surat tawaran mengikuti pengajian / Pengesahan Mengikuti Pengajian
  2. Sijil Kelahiran
  3. Kad Pengenalan
  4. Penyata Gaji/Pencen/Surat Akuan Pengesahan Pendapatan

* Sekiranya ibu berstatus suri rumah dan tiada pendapatan, pengesahan pendapatan perlu dilakukan
* Sekiranya ibu/bapa meninggal dunia, sijil kematian perlu disertakan.

Permohonan beserta dokumen yang disahkan perlu dihantar ke HEP Tingkat 2 selewat-lewatnya:

23 September 2015 (Rabu)

Sebarang kemusykilan boleh berhubung dengan Exco Kebajikan di talian 017-6922071 (Faez) atau berjumpa dengan Puan Mastura di Pejabat HEP. Permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.

Sekian, terima kasih