PENGENALAN
Majlis Sukan telah diwujudkan pada awal tahun ini di mana
akan menjaga setiap kebajikan para atlet-atlet Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur. Majlis Sukan pada asalnya merupakan idea bersama MPP 2015 yang telah menubuhkan jawatankuasa Biro Sukan bagi mengurus tadbir pertandingan sukan dan kebajikan atlet yang sebelum ini tidak diberi perhatian serius. Pada awalnya, ia dipantau oleh Timbalan Presiden MPP 2015, saudari Nurfalihin binti Ismail dan Exco Sukan dan Rekreasi, saudari Nur Farhana binti Wahab. Pengerusi pertama Biro Sukan ialah saudara Muhammad Azri Khuzairi bin Zamzuri. Penubuhan Biro Sukan ini mendapat perhatian Bahagian Pengurusan Pelajar yang kemudiannya mengadakan pertemuan dengan semua anggota biro. Hasil perbincangan dengan Pegawai Unit Sukan dan Ko-Q, Majlis Sukan ditubuhkan bagi menggantikan Biro Sukan, dengan pemurnian daripada segi jawatankuasa dan skop tugasan.
Seawal penubuhan Biro Sukan, hanya seramai 9 orang di ahli yang menganggotainya yang terdiri daripada jawatankuasa tertinggi yang mewakili setiap kelab sukan. Kemudian, keahliannya bertambah kepada 18 orang menjelang September 2015 yang terdiri daripada mereka yang berdedikasi untuk memperjuangkan kebajikan para atlet dan menguruskan aktiviti sukan dengan sebaik mungkin.
AKTIVITI DAN PENCAPAIAN
SUPTEM 2015
Antara
aktiviti yang telah Majlis Sukan sertai ialah Sukan Poly-Tech MARA (SUPTEM)
dimana setiap cawangan Poly-Tech Mara menghantar kontinjen masing-masing bagi
menguji mental dan fizikal setiap atlet yang mewakili cawangan masing-masing.
![]() |
| Sebahagian daripada atlet SUPTEM 2015 di KPTM Bangi |
MASISWA 2015
Selain SUPTEM, aktiviti sukan yang Majlis Sukan sertai
ialah Majlis Sukan IPT Malaysia (MASISWA) Olahraga yang berlangsung pada awal
bulan Ogos 2015. Setiap anggota Majlis Sukan telah memberi komitmen
masing-masing untuk turut serta dalam latihan yang telah diadakan di Kompleks
Kampung Pandan bagi memberi latihan “fitness” kepada atlet olahraga. Sewaktu
MASISWA Olahraga berlangsung di Stadium Sukan Arena Universiti Putra Malaysia,
setiap anggota Majlis Sukan telah menjaga kebajikan para atlet dimana
menyediakan makan minum para atlet yang juga dibantu oleh pengiring iaitu Encik
Hizrian dan menyediakan keperluan lain seperti air isotonik 100 plus, coklat
could 9, air mineral dan sebagainya.





0 comments:
Post a Comment